Pilihan…. Sebab tidak mahu pergaduhan berlaku
Semua manusia ada pandangan tersendiri… Yang sudah bergelar suami dan isteri pun ada cara mereka yang tersendiri mengendalikan rumah tangga mereka agar rumahtangganya berkekalan hingga ke hujung nafas…
Pilihan berinteraksi memang banyak.. Pilh saja… Ooh.. Interaksi atau komunikasi itu penting didalam apa jua perhubungan.. Yang saya ingin tekan kat sini.. Perhubungan suami isteri.. Pilihan kami ( saya dan suami ) memang banyak… Tapi kenapa saya pilih ‘blog’ bagi melempiaskan rasa marah?
hmmm kenapa…. Itulah menjadi pertanyaan saya….
Adakah saya mempunyai masalah komunikasi dengan suami saya?
Apakah saya nie “lazer” sangat..?
atau
Saya malas nak bertekak dengan suami saya..
Melayari alam rumah tangga hampir lima tahun ini banyak mendewasakan saya.. Terlalu banyak.. Pengalaman mengajar saya agar tidak mengikut nafsu amarah saya kerana ianya tidak membawa kemana mana…
‘Blog’ Pilihan saya.. Bila saya sedang marah… saya akan melempiaskan segala perasaan yang sedang membuak buak… Agar balik nanti atau saya berhadapan dengan suami saya, perasaan marah itu sudah lenyap.. Yang ada adalah jalan penyelesaian…
Acap kali bila perasaan marah iu wujud ( dimasa awal kami melayari alam rumah tangga ) dan waktu itu sedang berlakunya pertengkaran apaa yang terkeluar selalu menyakitkan.. dan hasil nya, tidak berbual sesama sendiri berhari hari lamanya.. Hinggalah salah satu daripada kami memohon maaf…
Maaf pula satu hal… Mengungkapkan kata MAAF itu apabila pertengakaran sudah berlaku amaat payah di sebut kerana api kemarahan masing masing sedang membuak buak dan Ego kononnya apa yang masing masing kata dan fakta adalah benar belaka ..
Jadi penghuraiaanya… ‘ Blog ‘ adalah cara paling baik saya memuntahkan rasa isi hati saya.. Bila pulang nanti hanya perlu ungkapkan kata “maaf” walaupun bukan salah kita… Kerana Maaf itu penawar segalanya….
Jika ada ‘ blog ‘ saya yang sedang ” ANGIN ” tu bererti saya sedang BERANGIN lah.. tetepi tak lah sampai kritikal sehingga berpecah belah… Pertengakran selisih faham saya anggap satu benda BIASA didalam alam rumah tangga…
Sebenarnya thrill jugaklah kalau bertekak sekali sekala..
okie itu sahaja saya melalut.
adh dahbes melalut…